Jagalah ia,
Walau harganya tidak seberapa,
Namun kan tinggi nilainya,
Jika diguna dengan baiknya...
Jagalah ia,
Kerana ia amat berharga,
Simpanlah ia,
Dan gunakannya jika perlu...
Jagalah ia,
Kerana lelah ku mendapatkannya,
Kan kau tahu faedahnya,
Bila kau sudah berjaya...
Jagalah ia,
Sepenuh masa,
Janganlah kau menghilangkannya,
Moga menjadi kenangan kita...
Puisi ini merupakan puisi pertama aku dapat dari seorang insan......^_^